Halaman

04 Disember 2013

BISNES BURGER

Salah satu perniagaan kaki lima yang dimonopoli orang Melayu, BURGER. Walaupun berniaga depan kedai
mamak, depan stesen bas, kedai 24 jam, depan rumah atau pun pasar malam perniagaan burger merupakan salah satu perniagaan yang langsung tiada risiko. Kenapa saya kata tiada risiko? Baik,cuma kita tanya 10 orang kawan-kawan kita. Siapa yang suka makan burger? pasti jawapan yang kita dapat 10/10 memang suka makan burger. Burger mempunyai kelas yang tersendiri. Orang kaya sekali pun meminati burger.

Mungkin pilihan golongan berada pada burger di restoran terkemuka. Tapi golongan marhain seperti kita pilihan yang ada hanya gerai burger di tepi jalan. Oppss! jangan ingat burger tepi jalan low class atau rasanya sangat menjengkelkan. Percayalah burger tepi jalan lagi sedap daripada burger di restoran lima bintang.

Saya sendiri walaupun cikgu,tapi minat yang mendalam menjual burger. Pernah setahun menjual burger di depan rumah dan alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Namun atas kesuntukan masa mengajar di sekolah dan tiada masa bermain dengan anak, aku berhenti dulu. Mungkin tahun depan masa yang sesuai untuk buka semula:-)


Antara bajet untuk memulakan bisnes burger:
1) Kuali burger RM60
2) Dapur bulat RM80
3) Sudip dan penekan burger burger RM10
4) Meja RM100
5) Payung RM90
6) Tempat letak roti RM50-150
7) Daging burger Ramly kena survey kedai borong. Biasa yang 70g tu dalam RM2.90
8) Roti burger RM1.90 (10 biji)
9) Polistren burger(senang bungkus) RM6 (100pcs)
10) Sayur kubis, timun pun cukup. 1 kubis RM4 lebih kurang,boleh untuk 50 biji burger.
Modal mula : RM500 sekali sahaja.
Modal berulang untuk sehari dalam RM70-100

Anggaran burger yang kita jual RM2, untuk kasar kita ambillah RM1.Kalau dapat jual 100 biji sehari kita boleh dapat RM100 bersih. Kalau sebulan RM100 x 30 hari kerja = RM3000.
Kalau bukak part time pun dah untung:-)
Apapun, waktu solat jangan lupa.Kalau Maghrib tu tutup dulu tak apa. Tak rugi pun:-)


BERMINAT UNTUK TEMPAHAN JERSI ATAU CENDERAMATA
WHATSAAP 019-5200760
ATAU LAYARI http://mizietshirt.blogspot.com