Halaman

13 Februari 2009

Tragedi Bot Rosak

8 Februari 2009 sejarah dalam hidup aku. Aku rasa tak ada sape pun dalam keturunan aku naik bot waktu malam hahaha. Hampeh tul, bot baru setengah jam bergerak dah meragam. Baru 5 kilo. Ada 30 kilo lagi nak sampai sekolah. Nak patah balik tak mungkin. Jadi tunggu la bot lain lalu. Bot bila petang memang hampir takde. Bukan mcm kereta benda ni. Ada org atau tujuan baru bot gerak. Pilot bot kata enjin sampai dalam masa sejam. Dari pukul 5.30 tunggu. Pukul 7.40 baru bot datang. Aduh, aku tak tau nak bayangkan la rasa masa tu. Menyirap pun ada. Yang tak sedap hati bila PK kata dia baru je pegi umah orang mati kat rumah panjang. Mesti jumpa punya malam ni katanye huhu. Cehh dia ingat aku takut, takdenye aku takut. Aku rase nak pengsan ada la huhu. Jangan memain woo naik bot memalam. Bukan nampak apa. Pakai lampu noreh getah tu je.

PK aku ni plak ngade2 gi suluh pokok la kiri kanan. Kalau org kita suluh pokok memalam cari pasal namanye hehe. Tapi mlm tu mmg aku nampak benda tu. Takut pun ada gak. Tapi buat tak tau jelah. Kalau aku pandang depan nampak la..tengkorak! Ha'a mmg gambo tengkorak betul yang dipakai si cikgu Donny ni. Boleh plak dia pakai baju camtu. Siap terpantul lagi dia punya gambo huhu.

Moga2 aku tak kan nampak apa2 benda tu. Gigil aku atas bot. Dengan sejuk nye la. Risau bot langgar kayu la. Tapi pas 20 minit ok lah. Seronok pun ada pastu. Aku rasa kitorg la KPLI yg pertama sekali naik bot waktu mlm kat Sarawak ni huhu. Jangan jadi lg dah la:-)