Halaman

16 Oktober 2009

Sukan Tahunan S.K Nanga Menyebat

Sukan tahunan pertama aku sebagai cikgu. Handle rumah sukan bukannya senang. Nak Bersaing dengan 4 lagi rumah sukan. Aku jaga rumah merah..boleh tahan la kuatnye hehe. Patutlah masa sukan dulu cikgu selalu angin kalau kita lari lambat, aku dah dapat rasa sekarang. Tapi aku baik pujuk mana yang kalah tu, dalam hati geram gak hehe. 'Belandak Lubah' hehe. Lari lambat la maksudnya tu..hehe.

Lupakan pasal sukan. Malam sebelum sukan aku telah dikenakan masuk karaoke lawan orang kampung. Nak tak nak lawan la. Cikgu tolak memang malu la jawabnye hehe. Memang aku dah prepare lagu Iban, tapi bukan untuk bertanding...Guru besar suruh buat persembahan depan YB Batang Ai masa hari sukan hehe. Melampau sungguh keberanian aku ni..hehe. Mase bertanding tu, aku dapat no. 3 haha. Ada 9 orang yang masuk. Menang pun nasib, sebab juri semua cikgu & staf sekolah haha. Aku sebenarnya tak tau apa maksud senikata lagu tu...tapi tau la jugak ada sangkut-paut dengan cintan-cintun. Phehh nyanyi lagu Iban depan orang kampung. Ramai sampai penuh dewan haha. Esoknya lepas sukan GB sponsar aku nyanyi lagu Anak Dara Ibu depan YB Batang Ai. Gigil gak. Aku ni bukan pernah buat kerja gila nyanyi depan orang ramai hehe. Apapun, korang tengok la persembahan aku malam sebelum sukan tu. Buat adik-beradik aku yang baca blog ni,jangan bagitau mak hehe..


video