Halaman

18 Jun 2009

Berkata benarlah kamu walaupun pahit....



Lama rasanya aku tak menulis ni. Balik kampung cuti hati tu langsung tak ingat dah blog-blog ni hehe. Dua minggu mana cukup duduk semenanjung ni. Masa cepat je berlalu. Tengok-tengok dah mula mengajar balik sekarang hehe.
Sejak teraju bertukar tangan dalam kementerian pendidikan sekarang, macam2 cadangan dan pendapat untuk guru-guru kita dengar. Terutama sekali buat guru-guru baru yang mengajar di kawasan pedalaman. Tak silap aku, selepas pilihanraya di Lubok Antu bulan 3, ada ura-ura untuk menaikkan elaun guru di pedalaman. Itupun bila tengok susahnya guru-guru kat sini nak menyampaikan ilmu pada budak-budak. Secara jujurnya aku bersetujulah dengan cadangan bernas tu hehe. Tapi pada aku duit ni tak bawak ke mana pun. Banyak duit banyak gak yang habisnya hehe.

Alangkah baik kalau kementerian suruh syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia ni upgrade sikit coverage di kawasan Lubok Antu ni. Bukan apa, kalau nak katakan sengsara mencari line ni tak la, cuma tekanan sikit je hehe. Dah tiap-tiap hari call satu bar je boleh dapat. Siapa boleh tahan. Kat rumah langsung tak ada, kena duduk atas bukit kat sekolah baru ada line. Aku rasa line telefon yang bagus SANGAT-SANGAT di kehendaki di bumi Lubok Antu ni. Kepada syarikat telekomunikasi warna MAXIS dan CELCOM tu, bagilah servis yang terbaik buat rakyat Sarawak. Jangan ingat kawasan pedalaman tak pakai telefon. Amat tidak logik la tak boleh bina pencawang. Untung bukan sikit-sikit, makan juta pun tak boleh buat.

Kemudian isu kurang guru di kawasan bandar. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, memang banyak kurang guru di kawasan seperti Johor dan Kuala Lumpur. Tapi tulah, semua dah dihantar ke kawasan pedalaman memang la kurang kat bandar, termasuk la aku ni..hehe. Aku bukan takut duduk sini. Cuma tak akan ada siapapun akan faham perasaan guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman ni. Apa yang orang selalu cakap, elaun tinggi. Balik boleh kahwin dan beli kereta besar-besar. Tak pun cari pengalaman di tempat orang dulu. Kadang aku nak terang salah. Nak jawab pun salah huhu. Sebab jawapannya mudah, orang yang bertanya tak kan tahu apa yang kami alami di sini. Sekadar bercerita tentang pengalaman tak sama selagi tak merasainya sendiri. Tambahan sekarang ini musim kemarau. Seksa sangat. Bukan setakat nak mandi payah, nak buat amanah saham pun susah huhu. Air sungai ada. Tapi tak kan la nak buat tepi sungai. Pakai la air dari bukit yang makin hari makin perlahan tu.

Minggu lepas, buat pertama kali aku mendayung bot dan menolaknya sekali. Seksa woo lebih 20 kali aku menolak bot. Perjalanan naik bot yang makan masa 2 jam, melarat ke 3 jam lebih. Kepada yang membaca coretan aku ni, doakan la hujan rahmat turun di tempat aku. Amin........