Labu sayong merupakan lambang negeri Perak.Bila sebut sahaja labu sayong pasti kita akan terbayang keindahan di tebing sungai Perak, di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Sayong merupakan nama tempat.Ada yang terkeliru bila menganggap Labu Sayong merupakan corak atau jenis labu. Kampung Sayong memang terkenal dengan penghasilan produk labu yang bermutu. Labu sayong mempunya identiti yang tersendiri berbanding dengan labu-labu lain yang terdapat di Malaysia.
Di bawah ni merupakan hasil keroje sahabar teman Cikgu Nun. Kedai dia dekat saja dengan simpang sayong sebelah kanan jalan dari jambatan arah Kuala Kangsar. Depan dia ada labu sayong besor hehe.
Masa aku kahwin dulu aku tempah dengan dia. Memang cantik tepak sirih yang dia buat.Harga pun berpatutan. Kalau ada siapa yang berminat boleh email mizieupm@yahoo.com.my boleh aku tanyakan berapa harga labu sayong yang ada.