07 Februari 2011
Aku Terima Akan Nikahnya
"Aku terima akan nikahnya, dengan mas kahwinnya, sebanyak yang tersebut".
Inilah lafaz keramat aku pada tarikh 4 Februari 2011. Pada Jumaat malam yang penuh debaran. Detik yang buat manusia terpisah daripada alam bujang menempuh alam rumah tangga.
Dalam usia semuda ini, 28 tahun hehe aku menepati sasaran untuk kahwin pada usia mcm ni. Bukan senang menempuh alam bercinta. Enam tahun aku dgn isteri bercinta. Aku ingat lagi tarikh bercouple hehe 13 Ogos 2005, dua hari lagi nk hari jadi aku. Tak sempat tahan kata2 hikmat nk couple tu..hehe. Mcm2 dugaan masa di UPM. Tapi yang paling berat masa aku belajar kat Maktab di Sarawak. Setahun yang penuh seksaan...bercinta jarak jauh. Kesian aku dengan dia...selalu je sedih. Tapi aku yakinkan dia yang aku akan posting di semenanjung bila abis di maktab nanti. Sangkaan aku meleset...sekali dapat mengajar di Lubok Antu da hehe. Aku ingatkan dia...aku pegi jauh2...kerja ni sbb nk kumpul duit untuk kahwin. Kalau tak aku tak kan pg sejauh ni. Dia sabar jugak..tapi aku tau hati kecewa juga sbb aku jauh...tambah2 pulak telefon ada masa2 tertentu. Sbbnya kawasan aku tinggal kena naik atas bukit kat sekolah baru dapat line...gaduh? fuhh tuhan je yg tahu...tp sikit pun aku tak layan perasaan tu...pastu baik balik hehe...
Tapi takdir tuhan, takde siapa yang tahu. Aku boleh tukar ke Perak. MasyaAllah...mmmg rezeki tuhan nk bg. Aku rase berkat doa setiap kali lepas solat. Dapat jugak aku pindah. Bila dh dekat kurang sikit gaduhnya. Sampai la tarikh keramat aku bertunang dengan dia. 13 Februari 2010. Aku tunaikan janji aku pada dia...aku tak kan lupakan janji aku. Dia sanggup tunggu aku...dia yakin dengan aku...sbb tu hati aku tak pernah berubah..13 Februari bukti aku sayangkan dia.
Kalau nk cerita pasal bercinta 6 tahun mungkin aku boleh buat novel hehe.
Pukul 7.00 pagi- Jumaat yang mendebarkan. Kalau ditanya perasaan aku memang seronok pg kelantan. Ramai2 konvoi...tapi dlm hati aku bayangkan bukan sbb aku konvoi ramai2 ni..sbb hantar rombongan org lain. Saje nk sedapkan hati hehe. Dalam kereta tuhan je yang tahun debbrnya hati aku...ape agaknya yang akan jadi mlm ni. Sepanjang jalan dari ruah aku ke kuala kangsar fikiran aku banyak melayang. Fikirkan apa yang akan jd mlm ni..berapa kali akad...boleh sebut akan ke tidak. Pastu paling debarnya tunang aku ckp....ada 4 org yg bakal bernikah mlm ni.....apa perasaan masa tu?? Lidah kelu..pucat..gagap..lupa..malu..tak yakin. Tulah gambaran perasaan aku sebelum ke Kelantan..hehe.
Waktu di Kuala Kangsar abg Hashim aku telefon cakap Yangdin aku langgar babi. Aduh...aku dah agak benda ni akan jadi. Sbb dalam otak aku pikir dia duduk belakang. Apa2 boleh jadi.
Sampai di Kelantan lebih kurang 2.30 petang. Masa yang ade aku gunakan untuk hafal lafaz akad nikah...Ya Allah tak boleh lelap mata aku walaupun sekejap. Hati memang gelisah sangat. Ape agaknya episod aku malam ni hehe.
Solat Isyak
Aku perhatikan sekeliling aku. Takda seorang pun pakai hensem mcm aku haha. Aku sorang je duk pakai baju Melayu putih bersampin ni. Nak sedapkan hati aku pun buat macam biasa je. Lepas je solat, pembantu tok kadi jumpa aku suruh duduk. Rupa-rupanya aku seorang je malam ni. Aduhhh...lagi berdebar sebenarnya ni. Maksudnya aku jelah yang kena tanya malam ni hehe
Dalam pada menunggu tok kadi tulis nama aku dalam borang, dia pun buat2 sembang dengan aku.ahhhh aku takutttt....bukan senang oooo...macam2 benda terbayang dalam kepala. Apa agaknaya yang dia nak tanya.
Tapi nasib aku betul2 baik. Dia tak tanya apa pun kat aku hehe. Dia bacakan rukun nikah dan sebut nama pasangan aku. Sama]pailah saat akad nikah. Dia suruh cuba dulu. Aku pun sebut jelah apa yang aku hafal daripada internet tu haha. Dia kata betul. Syukur, kalau aku tak bacalah benda tu memang gagal la aku mlm ni.
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz aku sah jadi suami orang hehe. Dan Tika sah menjadi isteri aku..Macam tak pecaya aku dah lalui saat yang genting dalam hidup ni. Tuhan saja yang tahu hati aku masa tu. Bayangkan masa aku nk ckp "aku terima akan nikahnya, dengan mas kahwinnya, sebanyak yang tersebut".....Dalam 2 saat lepas imam enjut fikiran aku kosong.Tak dapat aku nak lafaz akad. Aku istifar dan alhamdulillah, dengan sekali lafaz je semuanya selamat.
Aku kini bergelar SUAMI hehe