Seronok sebenarnya bila membaca surat khabar dua tiga hari ini. Ada sahaja isu melibatkan bola sepak tempatan. Tentang jurulatih skuad negara yang baru, pelantikan Tan Sri Annuar Musa dan kuota pemain import sebanyak 4 orang mulai tahun depan.
Dalam 3 isu ini, aku nak ulas tentang pemain import yang kembali merancakkan mutu bola sepak tempatan.Kalau tahun ini hanya dua pemain sahaja, mulai tahun depan kalau tidak silap aku pemain import boleh 4 orang. Satu mesti pemain dari negara asia. Hanya 3 pemain sahaja boleh bermain dalam sesuatu perlawanan. Artikel aku pernah keluar di ruangan Forum Utusan Malaysia tahun 2008. Kalau tak percaya boleh klik sini hehehe ----> FAM MELANGKAH KE BELAKANG?
Pada aku ramai atau sikit pemain import bukan alasan pemain tempatan makin teruk prestasinya. Ia berbalik pada individu itu sendiri. Kalau dia nak bagus macam Cristiano Ronaldo kena usaha lebihlah.Tak boleh harapkan latihan yang disediakan oleh jurulatih sahaja. Kalau kata pemain import merosakkan pemain negara, rasanya tak logik sebab kita tengok negara seperti Sepanyol, Jerman atau England mereka tetap bagus. Atau paling mudah tengok Jepun, ada juga pemain import. Jadi kehadiran pemain import sangat penting untuk menaikkan mutu bola sepak Malaysia amnya.