Halaman

11 Ogos 2009

Gunung Santubong

Pada 8 Ogos lalu telah tercipta satu sejarah iaitu aku dapat jugak menawan puncak
Gunung Santubong hehe. Gunung yang mempunyai lagenda yang tersendiri dalam cerita
rakyat dapat jugak aku daki.Tinggi Gunung Santubong ialah 2,658 kaki (810.2 m).

Perancangan dalam masa tiga minggu di samping traning yang sekadar melepaskan
batuk di tangga atau sekadar dipinggiran membuatkan aku dan kengkawan kesemputan
tahap cipan diatas sana. Aku dapat traning 2 hari saja turun naik bukit kat sekolah.
Selebihnya, memang ada tenaga dalaman aku sendiri hehe.

Aku bergerak dari kaki gunung pukul 7.57 pagi. Mula-mula memang teruja dan semangat
sangat-sangat. Gunung Santubong yang selalu aku pandang dulu macam mudah dan
rendah saja nak naik, hari ini aku tengok tinggi semacam pulak. Terus-terang aku macam
nak mengaku kalah hehe.

Baru 15 minit berjalan, aku dan kawan-kawan dah berhenti. Penat betul. Nak patah balik
pun ada. Kami makan dulu lepaskan lelah dan kuatkan semangat. Aku macam biasa
duduk depan sekali belakang guide, abang Laimi. Sebab apa aku duduk depan sekali, tak
tension sangat tengok orang lain sampai dulu hehe. Abang Laimi ni otai lama. Sebab
rumah dia dekat saja dengan gunung. Dua jam senang-senang dia boleh naik. Aku berapa
jam?? baca sampai habis dulu hehe.

Banyak kali jugak kami berhenti. Sebab gunung makin lama makin tegak. Kalau setakat
daki celah-celah akar aku senyum saja. Tapi jangan bagi daki tangga atau gayut guna tali
tepi gaung. Memang cuak jadinya aku. Dulu masa di Gunung Ledang pun sama, ada guna
tali dan bawah gaung. Memang tak berani bila kenang-kenang balik. Ada kawan aku ajak
pergi lagi pun aku tak berani.

Gunung Santubong makin hampir aku daki. Tapi Pa'an tak dapat teruskan pendakian
sebab kaki dia cramp. Bukan satu kaki, dua-dua belah tak boleh jalan. Nasib dah dekat
dengan check point. Dia cakap tak boleh teruskan. Aku, Epok dan Zul terpaksa
meneruskan misi mustahil kami ini bertiga sahaja..cewaahhh hehe.

Entah berapa kali berhenti, akhirnya kami bertiga sampai jugak ke puncak tepat pada pukul
11.20 pagi. Fuhhh macam tak percaya aku dah sampai ke sini. Lebih kurang 3 jam 23
minit pendakian aku. Serius aku cakap Gunung Santubong memang perit sikit nak naik.
Trek dia memang pelbagai buat kata kawan aku saudara Epok..hehe. Kiranya nasib baik
aku dapat naik. Kaki memang tak lepas disapu losyen halia dan spray kebas. Kalau tak
alamatnya memang cramp. Pasni destinasi pendakian yang seterusnya, Gunung
Kinabalu. Ada berminat nak ikut?hehe