Akhirnya selesai juga kursus KSSR 25-26 Oktober 2010 di SMKDARY. Banyak jugak input yang aku dapat 2 hari ni. Kiranya aku antara yang bertuah la jadi orang yang pertama laksanakan KSSR Bahasa Melayu Tahun 1. Sebelum ini pun aku pegang LINUS tahun satu. Nampaknya LINUS tak bg byk masalah pada aku. Cuma kecewa sikit la 4 orang murid tu tak dapat dibantu.
Banyak perubahan yang ada pada KBSR kepada KSSR ni. Sejarah perubahan:
1983-KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah).
1993-KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah)
2003–KBSR (Semakan)
2011-KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
Buku terbaru BM Tahun 1....cantik dan penuh warna-warni...
Kalau dulu kita rasa berserabut dengan fokus utama & fokus sampingan. Tapi skrg semua dah ada penambahbaikan yang baik untuk guru-guru mesra dgn buku teks. Menarik betul buku teks kali ni. Banyak penekanan suku kata dan mudahkan murid nak tahu asas membaca. Kalau sebelum ni buka buku terus membaca ayat. Tak ada mukadimah. Tapi skrg buku penuh warna-warni. Cikgu pun tak bosan dgn buku teks.
Standard kemahiran pun banyak yang berubah. Maksudnya objektif memudahkan guru padankan semua aktiviti untuk P & P:
1) Kemahiran mendengar dan bertutur
2) Kemahiran membaca
3) Kemahiran menulis
4) Aspek seni bahasa
5) Aspek tatabahasa
Apa-apapun aku kena banyak membaca balik semua panduan yang diberi pada aku hari ni. Semoga ilmu yang akan aku sampaikan nanti diberkati tuhan.Amin....