Halaman

04 Disember 2013

BURGER DI KOTA BHARU

Payah nak jumpa gerai burger yang sedap di Kota Bharu ni. Ada satu gerai burger sebelum sampai simpang 4 Cherang.Memang sedap burger dia.Harga pun tak sampai RM2. Memang berbaloi kalau dapat makan. Sebenarnya aku memilih gerai burger ini. Kalau yang menjual selebet saja jangan harap aku beli. Kadang jual burger pakai seluar pendek pun ada. Kita nak bagi orang makan ini biarlah elok2 sikit. Aku pun pernah jual burger ini tahun lepas hehe. Tapi bungkus la pasal memang tak ada masa. 

Seronok tu memang la. Duit kita dapat cash dalam RM30-40 sehari. Lepas buat duit pampers anak aku masa tu. Tapi sebab banyak aktiviti sekolah dan malam tak ada masa aku melayan anak, aku stop dulu.Tak tahu la bila aku nak berniaga balik. Tambahan BISNES T-SHIRT aku agak kencang tahun ini hehe. Tu yang malas nak buka balik. Aku boleh jual burger RM1.50 sebiji. Tapi kalau nak buka semula tak dapat kot. Maklumlah harga barang dah naik ni..hehe.

Sebenarnya bisnes burger lasatu perniagaan yang tak akan rugi punya. Mesti ada saja orang akan datang hari2. Aku buat depan rumah pun ada orang datang.Tapi tengok nasib jugaklah. Kalau tak kena hari 5 biji pun susah nak laku hehe. Paling banyak aku dapat jual 70 biji semalam. Tapi yang biasa dalam 30 biji lah.  Satu burger boleh untung dalam RM0.80. Kalau laku 40 dah boleh dapat RM32 semalam.