Percaya atau tak, rumah aku dah jadi tempat lebah buat sarang. Mula-mula dulu aku spray je. Mati la dia. Bukan kejam. Aku dah pesan kat dia jangan kacau aku. Sekali dia ngap kaki aku. Apa lagi aku tutup semua lampu....spray dengan kejamnya hehe. Selang dua tiga hari pastu, datang balik. Member rumah aku dah banyak kali kena. Aku sekali je hehe. Sampai la sorang ni nama dia epok kena sengat. dah tak nampak mata. Lalu dia mengadu kepada mujuk, iaitu pemandu bot kesayangan kami. Dengan sedikit 'upah minuman ringan' untuk kebal, mujuk dan bakak (pemandu bot kedua kami) pun menjalankan operasi mengambil madu. Aku ingat main-main suruh ambil baldi...huhh banyak rupanya madu yang dapat. Tengok gambar di bawah. Manis betul madu ni. Kepada anda di luar sana, jauhkan belacan ketika sedang memasak. Memang memanggil dia tu hehe. Takut-takut kepala anda menjadi benjol:-)