Halaman

05 Disember 2013

PEMAIN IMPORT PERAK 2014

Akhirnya semalam tiga pemain inport telah mengikat kontrak dengan pasukan Perak. Tiga pemain tersebut iaitu Martin Kafando (Bukina Faso) Kyaw Win (Myanmar) dan Anderson Cardosa (Brazil). Ketiga-tiga pemain ini menurut sumber sangat menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh pasukan Perak. Selain itu pemaindaripada skuad piala Presiden juga mengikat kontrak antara dua hingga tiga tahun dengan pasukan Perak.Pada aku langkah ini bagus sebab Perak memang terkenal sebagai gedung melahirkan pemain berbakat di Malaysia ini.

Bukan kita menafikan hak pemain untuk bermain dengan pasukan luar, tapi kalau kita tengok BPL pun pasukan akan ikat kontrak dalam 5 tahun macam itu. Bila pemain dan meningkat naik pasukan ada pilihan untuk jual pemain. Tapi di Malaysia tak berlaku. Kalau habis kontrak pemain memang ada hak nak pergi team lain. Dan aku rasa dekat Malaysia ini punya sistem tunggu pemain habis kontrak hujung tahun baru nak bincang. Jenuh lama macam tu hehe. Pasukan nganga jelah hehe. Macam ini ikat lama-lama, biar pemain mantap. 

Sebab dari dulu lagi kita ada pemain bagus akhirnya pergi pasukan lain. Siapa pemain itu? Indra Putra, Mat Yo, V.Saravanan, Liew Kit Kong, Fakri Saarani dan lain-lain lagi.Import ini pun aku risau, sebab tak silap aku kontrak setahun saja. Tahun depan main dengan pasukan lain dalam liga M kita. Aku tak sabar nak pergi stadium tengok macam mana Paolo Rangel main depan penonton Perak tahun depan:-)

Apapun kita datang stadium 10 Disember ini Perak vs Kelantan untuk perlawanan persahabatan.
Kejor Yop Kejor.