20 November 2010
Eh...nk kahwin dah aku..
Macam tak percaya je. Lagi 2 bulan lebih aku nk nikah.Persediaan setakat ni ok. Tak ada yang menganggu. Tengah bajet2 berapa orang yang nak datang kenduri nanti. Biasa la, kalau kenduri lelaki tak kan nak lebih2...tu bg pihak perempuan la yang sediakan hehe...kat tempat aku sempoi je. Cik tunang aku pun dah tempah pelamin siap. Tinggal kad kahwin je belum lagi ni. Harap2 akhir bulan ni selesai semua masalah aku. Masa cuti ni lah aku dapat nk kemaskan rumah dan mengecat sekali. Tapi skrg tak start lagi hehe..Bantal asyik dok panggil je..kena la baringkan badan dulu. Nanti aku akan masuk kan ape persediaan barang-barang aku untuk hantaran hehe...buat ala kadar je...maklum la aku bukan anak orang kaya. Bapak pun dah tak ada. Nak tak nak aku kena kuarkan apa yang ada kat bank. Tema perkahwinan-Sederhana hehe...Dah kahwin nanti harap rezeki aku makin bertambah dan harap aku dengan isteri dapat buat kedai nanti...doakan aku, aminnnn:-)