Halaman

10 Disember 2013

KEPUTUSAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN PERAK VS KELANTAN 10 NOVEMBER 2013

Keputusan perlawanan: PERAK 4 KELANTAN 1

Perlawanan persahabatan Perak vs Kelantan malam ini di Stadium Perak, Ipoh. Tak pernah lagi friendly Perak sampai macam ini punya susah beratur beli tiket. Selalu biasa-biasa je. Kali ini lain macam pulak penyokong semangat. Dah macam perlawanan betul pulak hehe.

Mungkin sebulan ini banyak berita Perak dalam surat khabar. Aku tengok dalam masa seminggu lebih kurang dua atau tiga berita fasal Perak. Itu yang buat penyokong Perak macam tak sabar dan pemain import pun macam ok je tahun ni.

Mungkin tahun depan ada sinar buat Perak. Sebab dah lama sangat aku tak pergi Bukit Jalil tengok Perak main kat final. Semoga team kali ini, team yang terbaik.

Apapun malam ini Kafando, Anderson dan seorang lagi import dari Bosnia yang tengah diuji memang mantap. Tengah jugak bagus. Kalau Nasir dan Kyaw Zayar Win ada nanti lagi power tengah Perak. Pemain presiden pun muda2 dan nampak ok td.Hardi pun bagus. Rasanya dia dah confirm jadi captain Perak. Malam ini memang terbaik.


PERAK 4 KELANTAN 1