Halaman

23 Julai 2009

Hadiah yang aku dapat hari guru

Hehe inilah hadiah yang aku dapat masa hari guru hari tu. Percaya tak?? tapi itulah yang aku dapat. Belacan Cap Cabi (Cap cabai la tu) pun ada tau. Sedih pun ada. Bayangkan sanggup dia abiskan duit bagi aku megi tu. RM1 dia beli kat kedai. Diorang ni nak beli pensel pun takde duit. Kalau jenis budak yang buat tak kisah, jangan harap la dia nak bagi satu benda pun kat cikgu dia. Aku seumur hidup tak pernah bagi cikgu hadiah. Yang bagi aku tu semua budak yang selalu kena marah dengan aku. Terharu ler pulok hehe. Kepada siapa2 yang belum posting lagi kat kawasan pedalaman, sedia-sedialah dengan hadiah macam ni:-)